KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas ke arah memperkasa dan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah langkah yang tepat bahkan ia perlu dilaksanakan dengan segera, menurut pakar.
Pensyarah Wacana Aqidah, Fiqh dan I'jaz al-Quran, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman berkata isu perundangan syariah sering kali berhadapan pelbagai cabaran berat khususnya apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan Mahkamah Sivil.
Beliau berkata prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah mengadili semua kes melibatkan hal ehwal yang berkait dengan agama Islam dan ia adalah sebagai salah satu usaha dalam memartabatkan perundangan syariah dalam negara.
Namun, menurut beliau konflik di sebalik peruntukan ini timbul apabila terdapat isu seperti pembubaran perkahwinan sepasang suami isteri disebabkan salah seorang dari mereka bertindak menukar agama.
"Bermula dari pembubaran perkahwinan, konflik terus merebak hingga kepada hak penjagaan anak termasuk status agama. Oleh yang demikian, perbezaan yang ada pada amalan perundangan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sepatutnya dapat dijernihkan dan diharmonikan dengan baik.
"Contohnya ialah kes-kes tertentu yang melibatkan pertindihan bidang kuasa yang dibicarakan oleh Mahkamah Sivil hendaklah dibantu oleh seorang Hakim Mahkamah Syariah. Keputusan mengenai hukum Syarak dibuat oleh Hakim Mahkamah Syariah. Keputusannya mengikat Hakim Mahkamah Sivil," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selain itu, Prof Mohd Sukki berpandangan isu berkenaan mampu diselesaikan sekiranya perbincangan khusus dilakukan oleh jawatankuasa khas itu, terutamanya yang melibatkan soal pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil termasuk aspek pengubahsuaian terhadap beberapa isu yang boleh disekalikan antara kedua-dua mahkamah.
"Konflik itu akan dapat diselesaikan sekiranya Mahkamah Syariah membenarkan pasangan bukan Islam untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keadilan atau ia dibicarakan sekali yang melibatkan dua hakim iaitu Hakim Mahkamah Syariah dan Hakim Mahkamah Sivil.
"...Orang bukan Islam juga hendaklah dibenarkan untuk mengambil peguam dari kalangan bukan Islam untuk mewakili mereka sekiranya perlu sebagai langkah bagi memastikan Mahkamah Syariah tidak dilihat sebagai badan yang menafikan hak orang bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan," katanya.
Beliau berkata sekiranya pendekatan ini dapat direalisasikan, ia akan membawa kepada keharmonian dan pencantuman kedua-dua bidang kuasa mahkamah dan meningkatkan martabat serta peranan Mahkamah Syariah hingga menjadi sandaran kepada orang bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Qur'an dan Sunnah, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata antara punca lain dalam konflik ini adalah apabila Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meluluskan apa-apa enakmen di peringkat negeri yang berisiko bertembung dengan bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan atau Mahkamah Sivil.
Beliau berkata konflik ini dilihat sukar untuk diselesaikan secara total namun, penubuhan jawatankuasa khas itu adalah pendekatan yang baik dalam usaha untuk meminimumkan konflik yang lebih besar pada ketika ini.
Selain itu, beliau mencadangkan agar usaha dalam memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah ini juga perlu mengambil kira kedudukan, perjawatan, kemampuan, latihan dan kewangan institusi berkenaan.
"Penubuhan Jabatan Pendakwaan dan Penguatkuasaan Syariah Negeri perlu digerakkan dan dipercepatkan, dengan terpisah daripada Jabatan Agama...perjawatan pada hakim dan jawatan-jawatan lain berkaitan juga perlu dilihat semula agar maruah jawatan itu tidak diremehkan.
"Buat masa ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri hanya bertaraf Jusa C yang mana setaraf dengan Hakim Mahkamah Sesyen di Sivil. Tanpa memperkuatkan infrastruktur dan struktur Mahkamah Syariah, ia akan membawa kepada ketidakseimbangan dalam usaha memartabatkan Mahkamah Syariah secara menyeluruh," katanya.
Pada Selasa, di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah.
Dalam sidang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata seorang bekas ketua hakim negara dipilih untuk mempengerusikan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi DUN berkenaan penggubalan undang-undang syariah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Perdana Menteri berkata pada Selasa, kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah. - Gambar hiasan
[TERKINI] Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat menyeru Hamas untuk bersetuju dengan tawaran baharu daripada Israel untuk pembebasan tebusan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata Gaza.
Semua anggota perubatan MERCY Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah
Wisma Putra memaklumkan, keenam-enam anggota dibawa keluar dari zon konflik secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.
Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Katanya, ini pentas untuk penyelesaian politik yang menyediakan masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.
FAMA anjur karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini
FAMA menyasarkan 235,000 pengunjung dan 450 usahawan akan menerima manfaat menerusi penganjuran Karnival Agro MADANI @Pasar Tani Kekal (PTK) di seluruh negara tahun ini.
MITRA serah 10 mesin layan diri bantu masyarakat India Kelantan jana pendapatan
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menyerahkan mesin layan diri kepada 10 usahawan India Muslim golongan B40 negeri ini sebagai usaha untuk menjana pendapatan golongan berkenaan.
Kerjasama pihak berkepentingan kunci keberkesanan pelaksanaan NSS
Malaysia kini giat memacu usaha bagi merancakkan industri semikonduktor selain bersedia terhadap lonjakan berteraskan kecerdasan buatan (AI) dari segi permintaan cip berkuasa tinggi.
Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar
Jemaah diharap dapat bersabar, bertoleransi, berkasih-sayang sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
Keuntungan bersih suku pertama CIMB naik 17.7 peratus kepada RM1.94 bilion
Hasil kumpulan perbankan itu turut meningkat kepada RM5.63 bilion daripada RM5 bilion sebelumnya.
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya pulih selepas alami gangguan
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya mengalami kelewatan jadual perkhidmatan bermula 7.22 malam akibat gangguan sistem persemboyanan.
Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif
Perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah
Mohd Na'im berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes.
85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan
Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.
Maria Chin dapat kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Syariah
Hakim juga juga membenarkan permohonan Maria untuk mendapatkan perintah penangguhan prosiding komital di Mahkamah Syariah.
Isu murtad: Bukan bidang kuasa mahkamah sivil - Hakim
Hakim berkata mahkamah syariah tidak salah dan tidak bertindak ultra virus dalam memutuskan permohonan wanita itu.
Ketua jabatan bertanggungjawab laksana perintah mahkamah kes tuntutan nafkah
Ketua jabatan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap sebarang perintah terutamanya arahan pemotongan gaji yang diputuskan Mahkamah Syariah.
Kerajaan setuju cadangan perintah perceraian, tuntutan nafkah secara serentak - PM
Kerajaan bersetuju mencadangkan supaya hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak.